Burst Your Bubbles

Huhu Haha Hehe
Oct 13, 2011 | 3:13 PM
Assalamualaikum :)

Heeeee...Maaf kalau aku kurang sopan sebab tulis tajuk entry sedemikian rupa.
Aku tengah gumbira lalala sekarang.Alhamdulillah. :')

Kenapa aku gumbira lalala sangat sampai tulis tajuk entry begiteww?
Aku tak nak cakap lebih-lebih.
Apa kata korang layankan jer gambar-gambar kat bawah nih haa.




Tidakkah sepasang kasut yang berwarna PINK ini sangat comel?
Tidakkah anda tergoda sebaik saja melihat beliau?
Oh~Usahkan anda.Saya juga tidak mampu menahan perasaan dari tidak membeli beliau.

Akan tetapi...Saya tidak terus membeli.Saya menempah dahulu.
Beberapa minggu kemudian baru beliau tiba di depan pagar rumah saya bersama encik posmen.Oh!Tak,tak,tak.Bukan begitu maksud saya.
Maksud saya,encik posmen bertindak menghantar beliau ke rumah saya.

Ok,ok.Serius,serius.Tarik nafas,tahan nafas,hembus nafas.Fuuuhhhhh...

Kasut yang aku order ni merupakan Batch II untuk kasut atau wedges atau pumps.
Kat mana aku dapatkan kasut yang sangat adorable ini?
Untuk mengetahui jawapannya sila klik di link di bawah.


Sudahkah anda menjenguk blog tersebut?Kalau dah,bagus,bagus,bagus.
Sebenarnya aku nak order jugak masa Batch I hari tuh.
Tapi mungkin aku ragu-ragu sebab aku tak pernah beli kasut secara online lagi.
Then,aku tanya Kak Farah PetiSuara whether aku sesuai ke tak pakai saiz 35.
Dia cakap kalau dah biasa pakai,boleh laa amik saiz tu sebab dia pun pakai saiz tu.

Setelah aku teliti-teliti,akhirnya aku tak order pun.Sobsobisk!
Because I'm still not confident enough to order shoes secara maya.Huhu...
Aku fikir,takpe laa.Mungkin akan ada lagi batch lain dengan kasut yang omel-omel.

So,bila Cala Man bukak order untuk Batch II,aku nampak kasut yang aku beli tu.
Aku kumpulkan kekuatanku untuk meng"order" kasut tersebut.
Aku amik saiz 35 sebab aku dah biasa pakai saiz 35 pun.Ya.Kaki aku kecik.
Susah giler ok nak cari kasut yang ada saiz aku.Tssskkk! *lap hingus*

After dah order and dah bayar,jangka masa untuk kasut ni sampai tak laa lama sangat.
Dalam 2 atau 3 minggu macam tu after tarikh tutup order,InsyaAllah,kasut tu akan sampai.
Kasut ni ditempah dari overseas.Kalau tak silap,dari China rasanya.
Sebab tu amik masa sikit untuk kasut-kasut yang awesome nih sampai ke Malaysia.

Kasut ni aku baru dapat tadi.Semangat giler snap gambar and edit-edit bagai.Huehuehue!
Mula-mula tu takut jugak sebab this is my first time beli kasut secara online.
Takut laa tak muat or terlebih saiz pulak kan.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,aku bukak bungkusan Poslaju and try kasut tu.

Alhamdulillah sangat sangat sangat sebab kasut ni takde masalah dengan kaki aku.
Muat semuat-muatnya.Tapi kaki aku gomak sikit.
Tapi takde laa sampai kaki aku tak boleh bernafas sebab kasut ketat ke apa.
Kasut ni memang dah molek semolek-moleknya dengan kaki aku.Terima kasih,ya Allah. :')

Tapi aku nasihatkan korang,kalau korang nak order,sila order saiz yang 1 kali lebih dari saiz yang biasa korang pakai.Tu pun if korang order kasut yang bertutup kat depan.
Contohnya kalau korang biasa pakai saiz 37,untuk kasut macam ni,korang amik saiz 38 ok.
Tapi kalau korang nak order wedges atau any high heels yang tak bertutup bahagian depan,boleh jer amik saiz yang korang biasa pakai.
Sebab kaki pun senang nak bernafas walaupun memang muat-muat.

Nanti Cala Man nak bukak pre-order untuk Batch IV.
Bila tarikhnya atau masanya tu,aku tak tahu sebab diorang tak announce lagi.
Tapi korang boleh like FB diorang.Just search for Cala Man.
Nanti senang laa nak tengok update terbaru diorang. :)
Oh ya!Cala Man ada partner nama Cala Qisya.Nanti like dua-duanya sekali ok.
Boleh cuci mata dengan barang-barang yang diorang keluarkan.
Selamat mencuci mata,korang!Assalamualaikum.Bui! :)

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Adila Syaqira