Burst Your Bubbles

Fujifilm Instax Mini 7s
Sep 19, 2011 | 12:59 AM
Assalamualaikum :)

Sebenarnya niat di hati nak update terus sejurus selepas mendapat parcel tersebut.
Tapi apakan daya.I have to go to K.L on that day.Tsk...Lap hingus. (T_T)
Tapi takpe laa!Sekarang kan I'm on my way to update my blog.Suka?Yeah,yeah.Me too.Hiks!Gelak gewdiks sambil tutup mulut and tutup mata seolah-olah sepet. (n_n)

After aku order the Fujifilm Instax Mini 7s and buat payment,I texted Adrian.
Adrian ialah erm...Kalau tak silap aku,tuan punya kedai The Click Shop kut.
Eh?Ke apa entah.Aku tak tengok jawatan dia apa time check email.Hehe!Suka hati aku jer.
Then dia cakap bagitau dalam email pulak.Takut dia terlupa yang aku dah bayar.
So,aku email laa The Click Shop tuh regarding my payment for Fujifilm Instax Mini 7s.

Reply email tu mengatakan bahawa The Click Shop team akan pos keesokan hari.
Ok.Takpe laa.Aku cakap "Thanks.I'll be waiting." walaupun risau.
Bukan risau apa pun.Risau kut-kut parcel tak sampai bila aku still ada kat rumah.
Kan I'm out of town for a few days.So,sebelum pergi,aku nak tengok dulu Instax tu.

Tup tup,keesokan hari after aku dapat reply email tuh,ada van Poslaju datang rumah.
Tapi aku takde kat rumah masa tuh.Pergi amik adik aku kat sekolah.
Macam biasa.Kalau kita takde kat rumah time Poslaju sampai,diorang akan tinggalkan sekeping kertas tapi bukan laa kertas,just berupa kertas sahaja ya,yang menyatakan they've been to our house tapi tak dapat deliver barang sebab kita takde kat rumah fuuuuhhhhh penat tahap barbie taip tanpa henti takde noktah pulak tuh.Huehuehue! XD Tahpape jer.

I thought it was something else from KPTM sebab aku tak order apa-apa pun.
Biasanya aku order outer syria or shawls dari mana-mana blogshops.
Tapi bila aku recall,memang aku tak order pun lagi after aku order Instax Mini 7s tuh.
So,aku fikir,we'll know what it is lepas amik parcel tu di Pejabat Poslaju keesokan harinya.

Keesokan harinya,mak aku jer yang pergi amik parcel tu sebab aku bangun lambat.Hee! :P
Bila mak and adik aku balik,aku tengok bungkusan yang telah diambil itewww.

Aku tengok dari jauh,tebal and besar semacam jer bungkusannya.
Aku pergi and tengok dari dekat,ada alamat The Click Shop.
Woah!Terus excited tak hengat sambil berlari-lari anak ke arah adik aku sambil tersengih-sengih umpama mendapat sebuah rumah idaman yang berwarna PINK!

"Kamera dah sampai weh!"
Biasa laa.Aku kan mudah beno excited bila melibatkan benda-benda gitu. ;P
Bila aku bukak bungkusan tuh,memang ah agak berdebar sebab first time beli benda mahal through internet and mengorder dengan sendirinya ermkayyy.
Tapi aku tak rasa mahal.It's affordable laa bagi student macam aku and korang kan.
Takpe,takpe.Nanti aku bagi link.Aku nak habiskan cerita aku dulu.Baca,baca,baca dulu.

Bila aku dah musnahkan plastik Poslaju,aku nampak kotak berwarna PINK!


Taaadaaa!It's Fujifilm Instax Mini 7s,bebeh!


Meet my new BFF,Bubbles Nombor 2.Bubbles Nombor 1 kereta aku.Kehkeh!
Aku beli White-Pink sebab comely!Ya,ya.Aku peminat kipas susah nak mati warna PINK.

Bila aku pegang jer Instax nih,aku blur untuk beberapa ketika.
Sebab beliau terlalu comely untuk dipegang.
Beliau buat aku rasa aku perlu pegang beliau dengan lebih berhati-hati sebab beliau boleh diumpamakan seperti baby baru lahir.Hakhakhak!Over.Yeah.That's me. ;P

Adik aku beli jugak.Dia beli yang Strawberry Juice.Bukan Instax.
It's cheaper than this one tapi sesuai laa untuk budak-budak macam dia kan.
Nanti aku bagi link,korang klik jer dekat "Products" diorang ok.
Dari situ,macam-macam jenis kamera yang mungkin korang pernah nampak tapi tak pernah jumpa atau mungkin pernah nampak and pernah jumpa tapi tak tahu nak beli kat mana.


Haa...Tu dia.Aku dah bagi dah linknya.
Oh!By the way,kalau nak beli Instax sekali dengan filmsnya,tulis macam ni,
"Fujifilm Instax Mini 7s *warna pilihan korang* WITH 1 pack films" wokeh.
1 pack films ada 10 keping filem sahaja.
But no worries.Boleh sentiasa order dengan The Click Shop if you're out of films. ;)
Selamat mencuci mata!Selamat menabung dari sekarang kalau nak yang awesome!Bui! :)

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Adila Syaqira